THEY WILL READ YOU BLOG.JOIN HERE!!

07 Mac, 2008

FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU

1.Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini
memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut. Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.

2.Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini.
Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman.

Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang
lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup.

Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.


3.Tempat paling dalam di dunia ini ialah jurang Marianas di lautan Pasifik yang mana kedalamannya melebihi 1120 Km. Suhunya pula hampir kepada suhu beku!.Tekanan airnyasangatlah besar iaitu menyamai tekanan daripada 50 buah pesawat "Jumbo Jet". Tetapi di bahagaian lain kawasan laut ini terdapat kawah gunung berapi yang boleh melepasi air bersuhu sehingga 400 C tanpa mendidih kerana haba air ini di salurkan ke kawasan laut lain.

Tiada ulasan: