THEY WILL READ YOU BLOG.JOIN HERE!!

06 Mac, 2008

FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU

1.Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini.

2.Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.

3.Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

4.Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada ‘Sahra’ yang bermaksud liar atau terbiar.

5.Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap batang rokok yang tidak dihisap.

6.Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.

7.Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya 988.31 meter adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara.

8.Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka anda.

9.Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di kulit atau terbakar.

10.Wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New Zealand.

Tiada ulasan: