THEY WILL READ YOU BLOG.JOIN HERE!!

08 Mac, 2008

DRAMA PILIHAN

"PRINCE COFFEE"
dua watak utama Choi Han Kyul (Gong Yoo)(di belakang)
Go Eun Chan (Yoon Eun Hye)(depan)



watak utama serta pembantu pelakon(yang bakal meng'interfrem')





Go Eun Chan (Yoon Eun Hye) gadis tomboy berasal dari keluarga yang susah, beliau telah mencuba banyak jenis perkerjaan untuk membantu keluarganya, tetapi selalu bernasib malang.Suatu hari beliau diterima berkerja di “Coffee Prince” oleh pemilik kedai tersebut Choi Han Kyul (Gong Yoo) berasal dari keluarga kaya. Choi Han Kyul menyangka Go Eun Chan ialah lelaki. Ini disebabkan satu insiden dimana Choi Han Kyul menggunakan Go Eun Chan (berpura-pura gay) untuk menolak gadis yang diatur
oleh keluarganya untuknya.
Sejak Go Eun Chan berkerja di bawah Choi Han Kyul banyak pertengkaran telah berlaku, akhirnya mereka jatuh cinta tetapi terpaksa memendam perasaan..
Walapun Choi Han Kyul mencintai Go Eun Chan tetapi ini bertentangan dengan batin kelelakiannya. Go Eun Chan pula ingin berterus-terang mengenai statusnya yang sebenar tertapi takut Choi Han Kyul tidak dapat menerimanya lagi.
Disamping dua watak utama ini, saksikan watak-watak yang menganggu perhubungan mereka serta jangan ketinggalan aksi-aksi yang mencuit hati anda.siapakah di antara mereka yang mula berterus-terang kerana kedua-duanya ego.
Saksikanlah Drama korea “Prince coffee” di ‘8tv’, isnin hingga jumaat bermula jam 8.30….. kalau ketinggalan tonton jer di youtube ;)…

Komen: Walaupun jalan ceritanya lebih kurang dengan cerita korea yang lain,perempuan cantik/kaya menjadi perhatian manakala perempuan yang tidak bijak bergaya/miskin tidak dilayan tetapi akhirnya menjadi rebutan.Tetapi dalam cerita ini mereka bijak mempelbagaikannya…jadi anda tak akan bosan apabila melihat setiap episod.Salah satu tarikan drama ini ialah pelakonnya yang cute-cute…

Ketogori: romantik +komedi =romedi…

9 / 10 bintang

Tiada ulasan: