THEY WILL READ YOU BLOG.JOIN HERE!!

Memaparkan catatan dengan label fakta yg anda perlu tahu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fakta yg anda perlu tahu. Papar semua catatan

30 Mac, 2008

FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU

1. Bilangan telefon di bandaraya Tokyo, Jepun adalah lebih banyak daripada bilangan telefon yang terdapat di seluruh Afrika.

2. Gajah Afrika hamil selama 640 hari.


3. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

4. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

5. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

12 Mac, 2008

FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU

1.Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap
tahun.

2.Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad

3.ayam adalah haiwan yang paling
banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa
dan senang dibiakkan untuk makanan.


4.Sungai Amazon di Amerika Selatan yang merupakan sungai terbesar di dunia, mengandungi dua pertiga daripada kandungan air sungai seluruh dunia.

5.Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.

6.Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.

08 Mac, 2008

FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU

1.Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah atau kuning.

2.Epal lebih berkesan daripada kafein untuk membuatkan seseorang itu mudah bangun pagi.

3.Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan.

4.Raja Uganda , King Mutasa, dianggarkan mempunyai isteri seramai 7,000 orang.

5.Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

6.Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

7.Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

8.Rupa-rupanya kita baru tahu tentang fakta di ataskan..haha...

07 Mac, 2008

FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU

1.Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini
memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut. Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian.

2.Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini.
Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman.

Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang
lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup.

Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.


3.Tempat paling dalam di dunia ini ialah jurang Marianas di lautan Pasifik yang mana kedalamannya melebihi 1120 Km. Suhunya pula hampir kepada suhu beku!.Tekanan airnyasangatlah besar iaitu menyamai tekanan daripada 50 buah pesawat "Jumbo Jet". Tetapi di bahagaian lain kawasan laut ini terdapat kawah gunung berapi yang boleh melepasi air bersuhu sehingga 400 C tanpa mendidih kerana haba air ini di salurkan ke kawasan laut lain.

06 Mac, 2008

FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU

1.Pada tahun 1848, Air Terjun Niagara berhenti mengalir apabila bongkah ais menghalang Sungai Niagara daripada mengalir ke arah air terjun ini.

2.Buaya tidak boleh menjelir dan menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pada lelangit.

3.Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang.

4.Gurun Sahara di utara Afrika mendapat namanya daripada ‘Sahra’ yang bermaksud liar atau terbiar.

5.Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap batang rokok yang tidak dihisap.

6.Kita akan menjerit serta-merta apabila terkena benda panas atau luka kerana saraf yang membawa maklumat rasa sakit kepada otak bergerak pada kadar kelajuan 120 meter sesaat.

7.Air Terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya 988.31 meter adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas kali lebih tinggi daripada Air Terjun Niagara.

8.Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka anda.

9.Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka di kulit atau terbakar.

10.Wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New Zealand.