25 Februari, 2008
Apa ada dengan KUCING..
si kecil pun sayangkan kucing (pic anak buah aku ni..)
Sebut pasal kucing perkara pertama yang terlintas dalam fikiran mesti..comel, manja, cakaran,bulu-bulu kucing, najis kucing..hehe..tapi selain tu sebenarnya kucing mempunyai keistimewaannya yang tersendiri..percayakah anda sekiranya kucing itu sendiri ialah terapi dalam diam?..Saya ada seekor kucing..kadang-kala dia memang menyusahkan..buka skit pintu mesti mau masuk bilik.Hari tu x perasan dia masuk bilik..amboi-amboi sedap-sedap dia tido atas katil..nasib baik dia tak melepas..hehe.tapi saya tetap sayang dia.kalau tension boring-boring mcm tu..dialah tempat saya kacau…. Kacau kacau dan terus kacau..hehehe…saya akui memang berkesan.Tapi tak taulah bagi mereka yang tidak suka/fobia kucing..lain orang lain selera…
-Mengikut satu kajian di Australia, dengan membelai kucing kita dapat menurunkan kadar tekanan darah.
-Kucing merupakan sahabat kepada tuannya.Secara langsung dapat menjauhkan gejalah cepat merasa cemas, kemurungan dan sebagainya.
-Memelihara haiwan peliharaan juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
Ni baru sikit …ada lagi fakta mengenai kucing..jadi peliharalah binatang peliharaan..Sekiranya ada kucing tu,peliharalah baik-baik…jaga makan minum dan tempat tido dia.Tapi terus-terang..saya ni pun kadang-kadang terlalai gak ..hehe…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan