THEY WILL READ YOU BLOG.JOIN HERE!!

25 Mei, 2008

STACY JUARA AF6...




Stacy atau nama penuhnya stracie angie anam berasal dari sabah merupakan juara af6 kali ini..stacy 18 tahun merupakan juara termuda dalam sejarah af.Semalam stacy menyanyikan lagu rossa atas nama cinta dan lagu keduanya iaitu lagu baru berjudul "aku stacy"...persembahan stacy yang tidak pernah 'kantoi' sehingga ke akhir konsert memang setimpal dengan gelaran juara yang dimilikinya... perasan tak selalunya juara ada gak 'kantoi' 2 atau 3 konsert..hehehe...wahhh cilinya mulut i... hehehehe...

pandangan saya mengenai lagu baru stacy..... lagu ni kiranya rock n roll style..
startingnya ja da rancak yang amat...saya harap time recoding nanti lagu ni adjust sket..
pada pandangan saya part slow "perasaan ku terpaksa menjadi taruhan..." besttttlahhh
kan bagus part slow tu jadi permulaan lagu....maksud rentak part ni...
tapi saya yakin stacy tidak menghampakan pencipta lagu ni kerana stacy memang bertenaga menyampaikan lagu ni tampa semput@kantoi...

berikut ialah keputusan peratusan pelajar pada konsert akhir semalam..

Stacy 43%
Riz 19%
Nubhan 14%
Toi 13%
Nadia 13%

kredit to: Mr.manager

tempat ke2 disandang oleh riz lagu baru 'hanya sandiwara'...
ke3 nubhan lagu baru 'ada untukmu'...
diikuti dengan toi ke 4 lagu baru 'paling terindah'
dan nadia tempat ke5 lagu baru 'kalut lagi mengarut'...

..ke lima-lima pelajar memberikan persembahan terbaik mereka...tiada yang menghampakan, saya terhibur...berbanding konsert akhir af musim-musim lalu ada kedengaran suara-suara angsa hehehe ...tahnia tahun ni takder lupa lirik..tapi kalau ada pun lupa lirik mereka teramatlah pandai 'mencover dengan jayanya'..syabas semua pelajar yang kini bergelar bintang-bintang af..
saya harap af6 mengulangi zaman af2 dimana pelajarnya menyerlah sehingga kini.. syabas buat tenaga pengajar serta pengetua ramli ms...



lirik lama lagu ni yang sebelum ni tajuknya "siti lela vs cinderella" kini dengan tajuk baru "aku stacy".... nanti saya postkan lirik yang dah diubah.. tunggu yeee..

LIRIK/LYRIC 'AKU STACY' by stacy..


Lidah ku kelu tak mampu ku berkata
Semangat ku hilang entah kemana
Dari pagi sehinggalah malam pun menjelma
Tetap begitu saja
Macam – Macam cara tuk’ku lepaskan diri
Daripada ku terus disakiti
Engkau yang belagak bagai raja di istana
Jadikan ku sang abdi

Mau saja…Aku melepaskan diri dan terus berlari
Ikut saja…kata hatiku yang giat meracuni
Boleh saja …ku turutkan kata hati yang ingin mencuba
Gagal lagi…kamar ku sedia terkunci

Difikir – fakir mengapa harus takut
Sedang asalnya ku yang berkuasa
Biarpun ku siti lela bukan Cinderella
Beda hanyalah nama
Engkau Sekadar datang menumpang saja
Dari mula ku tahu kau pendusta
Ingin berebut segala apa yang ada
Malangnya ku penghalang

Aku tau…dari niatmu itu engkau punya cemburu
Dari dulu…Sehingga kini kau pun hidup tak menentu
Tak kau tahu…segala apa yang ada semuanya milikku
Sudah kau tau…apa lagi yang kau tunggu

Zaman sekarang ramai yang bermuka dua
Hidup dengan penuh kepuraan
Selagi kita tetap terus begini saja
Sampai mati diri mu kan tetap terus dikeji

Lagu : Intan Norul Azlina (Intan Shaharuddin)
Lirik : Intan Norul Azlina (Intan Shaharuddin)

19 Mei, 2008

Pesta kaamatan

pesta kaamatan di tambunan berlangsung pada 15, 16 dan 17 mei yang lalu.. saya sempat ke sana pada 17hb.banyak acara yang dianjurkan seperti pertandingan sepak takraw, bola tampar, sugandoi, dan salah satu acara wajib di mana-mana pesta kaamatan iaitu 'unduk ngadau'.
Di sini saya hanya sempat mengambil gambar kraftangan dan perhiasan.
tapi ni hanya 5% ja gambar jualan kraftangan yang sempat saya ambil di pesta ini disebabkan kesuntukan masa...



waaa beautiful kannn...wind chimes..made from bamboo.


pelbagai jenis gelang tangan yang dijual dengan harga yang berpatutan..


close up.. so shineeee ... *_*..


necklace.. made from gems, shells, wood etc....so rambang mata niii..
you must buy it girlsss!!!..





keychain..ahh so cute kannn...
look at the size of my hand and this keychain..
sekali genggam ja ni ^_^..


err... nak letak apa aa dalam ni...


Pelbagai jenis bakul dijual dengan harga yang berpatutan..buatannya halus dan berkualiti..i think it made from nipah or sometinglah.. lupa nak tanya sebab masa tu kami tersangat sangat-sangat bz.. so sempat gambar ja..hehe


so cutekannn...rasanya tinggi lebih kurang 6 hingga 10cm...


bekas bakul yang dianyam bersama manik..pelbagai kegunaan bleh simpan kat bilik tempat simpan barang-barang perhiasan..kat ruang tamu pun bleh..


pasu anyaman tempat letak bunga hiasan di ruang tamu.. time ambil gambar ni.. aunty yang jual ni so sporting suruh ambil gambar...diaorang tu dari persatuan kraftangan sabah yang berpusat di keningau kalau tak silaplah..oh ya.. keningau,Sabah merupakan pusat kraftangan pendalaman yg terbesar di sini..


lets play sepak takraw..hehe


jangan lupa berkunjung ke Sabah ^_^ ...

sumazau dance.. our tradisional dance..

13 Mei, 2008

Lirik/Lyric Wonder women- mulan jameela

Kamu tipu aku lagi
Mungkin sudah ke seribu kali
Tak tahu kapan akan berakhir
Segala penyiksaan ini

Kamu tampar aku lagi
Dengan penyakit lamamu
Semakin lama aku pun bisa
Menjadi benar-benar gila

Reff :
Aku bukan wonder womanmu
Yang bisa terus menahan
Rasa sakit karena mencintaimu

Hatiku ini bukanlah hati
Yang tercipta dari besi dan baja
Hatiku ini bisa remuk dan hancur

Kamu paksa aku
Menerima cintamu lagi
Dengan segala tingkah lakumu
Yang membuatku bingung

Kamu tahan aku
Dengan logikamu lagi
Kau pikir aku akan mencair
Dengan rayuanmu...

Back to Reff:

12 Mei, 2008

GAMBAR ANUAR ZAIN BERTUDUNG..

Sapa punya kerjalah ni..gambar anuar zain di super impose..wahh.. jahatnya..
kini gambar ni banyak tersebar di internet..sepa2 buat keja mcm ni banyak2 bertobat yer...apa kata anuar zain kalau nampak gambar ni yer??

09 Mei, 2008

clay aiken new look..

clay aiken before makeover

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
clay aiken after makeover....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
are you ready??...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ok...
.
.
.
.
the latest clay aiken..


blond hair...what do you think?
i dont know.. but something wrong here....




....lol...

02 Mei, 2008

Air jampi dari kajian sainstifik

Baru-baru ini penulis ada menerima satu artikel mengenai maklumat kajian saintifik keatas air yang telah dijampi oleh seorang saintis Jepun. Tujuan penulis menimbulkan isu ini hanya semata-mata untuk berkongsi maklumat bukan untuk promosi berubat dengan kaedah air jampi. Harap jangan ada yang salah sangka.
BEFORE OFFERING A PRAYER

AFTER OFFERING A PRAYER


Walaupun kaedah berubat dengan air jampi adalah salah satu daripada cara perubatan Islam tetapi para ulama telah sepakat mengatakan tentang harus melakukan jampi menjampi jika berhimpun padanya tiga syarat berikut 1) Bahawa kalimah jampi itu mestilah terdiri dari Firman Allah SWT atau nama-namaNya ataupun sifat-sifatNya.

2) Sebaik-baiknya didalam bahasa Arab, ataupun sebarang bahasa yang boleh difahami maksudnya.

3) Hendaklah dia menyedari dari segi kepercayaan "aqidah" bahawa "jampi" tidak memberi apa-apa kesan. Kesan yang berlaku adalah takdir dan ketentuan Allah SWT jua.

Elok benar sekiranya para sahabat dapat membaca buku "Berubat Dengan Al-Quran" oleh Ustaz Muhammad Ibahim Salim alihbahasa oleh Ustaz Abdul Aziz @ Ahmad bin Mohd dan buku "Konsep Perubatan Islam" oleh Utz. Danial Zainal Abidin untuk mendapat maklumat lengkap.

Inilah antara suntingan artikel yang penulis terima untuk maklumat para sahabat sekelian.

"... ... Apa yang ingin aku paparkan disini, ialah bukti penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang "pakar air" dari Jepun. Halis kajian ini, secara tak langsung menolak kata-kata jahil mereka yang tidak mempercayai konsep perubatan dalam Islam yang mempercayai dengan keizinan Allah SWT air penawar yang dibacakan ayat suci Al-Quran boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Penemuan oleh Dr. Masaru Emoto ini sungguh menakjubkan. beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut.

Ustaz Abdullah Mahmud yang pernah berceramah di Surau Wisma Telekom Semarak, pada tahun lepas pernah menceritakan penemuan ini. Beliau memaklumkan bahawa beliau telah mengikuti satu seminar yang disampaikan oleh seorang pakar air dari Jepaun di Hotel Istana. Dalam seminar itu, mereka telah di tunjukkan melalui slaid, contoh-contoh air yang di lihat daripada mikroskop khas. Sumber air ini di ambil daripada laut, sungai, empangan, perigi dan sebagainya. Ada pelbagai bentuk, daripada rupa cantik bercahaya seolah-olah seperti berlian hinggalah ke 'hodoh dan mengerunkan' seperti rupa jin bertelinga besar, bertanduk dan sebagainya.

Suatu ketika apabila di tunjukkan "rupa air yang cantik bercahaya", molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna, para hadirin telah di soal pakar air tentan asal usul sampel air itu. Salah seorang hadirin meneka, itu mungkin air zam-zam. Sememangnya telah disahkan benar oleh pakar air tersebut.

ZAM-ZAM


Kemudian beberapa hadirin di pilih untuk membuat kajian. Di atas pentas, mereka di kehendaki membacakan sesuatu ke atas air mineral masing-masing. Lalu salah seorang hadirin di kehendaki menunjukkan hasil kajiannya. Apabila di tunjukkan di skrin kelihatan molekul air itu membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yang panjang dan perut buncit).

Apabila tiba giliran Ustaz Abdullah, air tersebut di bacakan surah Al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin kelihatan molekulnya seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya. Kemudiannya beliau di suruh membaca sebarang ayat atau kata-kata yang tidak elok, maka ternampaklah di skrin molekul air itu berubah menjadi seperti sel-sel barah.

Banyak hadis dan ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan fenomena ini. Dengan keizinan Allah SWT, air mampu menyembuh dan memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah tertentu yang menggunakan air, untuk berikhtiar mengubati penyakit. Salah satu daripadanya menggunakan air penawar, atau dalam bahasa mudahnya air jampi. Seperti mana yang pernah di amalkan Rasulullah SAW dan diikuti oleh ulama-ulama Islam dan pengamal perubatan yang lain... . "


THANK YOU


dont know this one...


Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut dan melihat gambar-gambar molekul air tersebut bolehlah lawat laman-laman seperti dibawah ini:-

http://www.wellnessgoods.com/messages.asp


KREDIT TO: ISUHANGAT

27 April, 2008

pesta kalimaran,rumah kebudayaan murut di tenom


pandangan dari tepi rumah kebudayaan murut..pesta kalimaran di tenom diadakan 26, 27, 28 april.Sorry tak dapat bagi tengo view dari depan sebab area sana sesak.. nasib baik ada my bestfriend nana and her sister dapat temankan jalan-jalan walaupun penat seharian kerja.....review saya pasal pesta kalimaran.. banyak aktiviti yang diadakan seperti ..ratu kalimaran..pertandingan menyanyi(sugandoi)..pertandingan magunatip(tarian tradisi sabah yang menggunakan bambu)..acara untuk kanak-kanak dan banyak lagi..pelbagai jenis juadah dan makanan tradisi yang dijual.. seni kraftangan juga banyak dijual dengan harga yang berpatutan..
tapi malangnya saya tidak sempat mengambil banyak gambar disebabkan masa tidak mengizinkan...banyak kerja yang harus diselesaikan...sayang sekali sebab banyak tempat-tempat yang menarik tidak dapat saya paparkan di sini..
hmm bulan depan pesta kamatan.....jangan lupa berkunjung ke negeri sabah..

p/s...bz macam mana pun...ingatlah orang yang disayangi..